MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming, Fahmi minta laporan penuh

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi melibatkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu kerana ia membabitkan kemungkinan wujud akses tanpa kebenaran terhadap maklumat pelanggan dan sistem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.

Katanya, perkara itu dibangkitkan selepas Khairul Aming berkongsi di platform Threads bahawa maklumat bil telefon peribadinya didakwa diketahui pihak lain.

“Saya sudah bertemu wakil syarikat telekomunikasi itu dan mereka memaklumkan sedang menghubungi saudara Khairul Aming.

“Saya juga akan meminta SKMM mendapatkan laporan penuh mengenai perkara ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Terdahulu, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat bil telefon peribadinya boleh diketahui individu lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.

Dia turut meminta penjelasan daripada syarikat telekomunikasi berhubung dakwaan kebocoran maklumat itu.

Dakwaan tersebut timbul selepas seorang pengguna Threads mendakwa mengetahui butiran bil telefon Khairul Aming, termasuk tunggakan sebanyak RM498 serta beberapa pembelian perkhidmatan tambahan.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata penyebaran maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.

Beliau turut menggesa orang ramai yang berdepan insiden sama supaya membuat laporan kepada MCMC bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil.

Related Posts

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai