Anwar sambut kunjungan Syeikh Dr. Mustafa An-Nadwi, tekankan kepentingan ilmu dan akhlak

PUTRAJAYA – Kunjungan ulama tersohor dari Mesir, Al-‘Allamah Syeikh Dr. Mustafa An-Nadwi Al-Hasani di sini pada Isnin akan mendekatkan masyarakat dengan majlis ilmu dalam negara minggu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu memberi fokus kepada kepentingan ilmu, akhlak serta perpaduan dalam membangunkan masyarakat.

“Syeikh Dr. Mustafa dikenali kerana peribadi yang menenangkan, seorang ilmuwan yang menekankan persoalan akhlak, hikmah dan kedalaman ilmu khususnya bidang hadis.

“Pada zaman yang sering mengangkat sensasi mengatasi ilmu, tokoh seperti Syeikh Dr Mustafa menawarkan kita teladan, mengingatkan kita bahawa ilmu dan hikmah hadir bagai embun di waktu subuh diam, lembut, tetapi menghidupkan alam.

“Ilmu dan hikmah hadir bagai embun di waktu subuh, diam, lembut, tetapi menghidupkan alam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Anwar turut merakamkan penghargaan atas nasihat dan doa yang disampaikan oleh ulama berkenaan agar Malaysia terus dipelihara dengan semangat perpaduan serta dikurniakan kemakmuran yang diberkati Allah SWT.

Beliau juga mendoakan agar Syeikh Dr. Mustafa terus dikurniakan kesihatan, keberkatan ilmu dan amal, serta dipanjangkan usia untuk meneruskan legasi para ulama dalam membimbing umat dengan kebijaksanaan, kesederhanaan dan kasih sayang.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan