KSN mahu Imigresen pacu transformasi digital, kekal benteng hadapan negara

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) perlu terus memacu transformasi digital, memperkukuh profesionalisme dan berani melaksanakan pembaharuan bagi memastikan agensi itu kekal sebagai benteng hadapan negara yang berwibawa dalam menjaga keselamatan, kedaulatan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, aspirasi itu sejajar dengan tema Sambutan Hari Imigresen Ke-104, “Melakar Wajah Baharu Imigresen”, yang menuntut seluruh warga Imigresen mengangkat budaya kerja berteraskan amanah, integriti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

Menurut beliau, peranan Imigresen pada masa ini jauh melangkaui fungsi kawalan keluar masuk di pintu sempadan, malah menjadi tonggak penting dalam mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan usaha memudah cara pelaburan, pelancongan, perdagangan serta mobiliti bakat global.

“Kecekapan penyampaian perkhidmatan dan ketegasan dalam penguatkuasaan bukan sahaja menjamin keselamatan negara, malah menjadi cerminan kewibawaan kerajaan di mata dunia,” katanya dalam perutusan sempena Hari Imigresen Ke-104 pada Selasa.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Imigresen atas komitmen, keberanian dan profesionalisme yang sentiasa ditunjukkan dalam melaksanakan tanggungjawab memelihara keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negara.

Shamsul Azri berkata, dedikasi warga Imigresen selama ini bukan sahaja memastikan pengurusan sempadan negara kekal terpelihara, malah menyumbang kepada keyakinan pelabur, kemudahan urusan rentas sempadan dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh warga Imigresen agar terus memperhebat agenda pendigitalan, memperkukuh integriti dan mengangkat profesionalisme sebagai budaya kerja supaya jabatan itu kekal relevan, diyakini serta bersedia menghadapi landskap keselamatan dan mobiliti global yang semakin kompleks.

Tambahnya, semangat “Melakar Wajah Baharu Imigresen” perlu diterjemahkan melalui tindakan dan pembaharuan berterusan demi memastikan Imigresen terus muncul sebagai sebuah organisasi yang moden, cekap, responsif dan berdaya saing dalam mendukung agenda pembangunan negara.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan