Maszlee mahu warisan Ling Shan Gong terus dipelihara

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menyeru agar warisan sejarah dan kepelbagaian budaya di Johor terus dipelihara, termasuk institusi bersejarah seperti Tokong Ling Shan Gong di Kangkar Tebrau yang menjadi saksi perkembangan awal negeri itu.

Menurut Maszlee, sejarah tokong berusia 180 tahun itu berkait rapat dengan pembukaan Kangkar Tebrau serta legasi Kapitan Tan Kee Soon yang dilantik oleh Temenggong Ibrahim sebagai antara pelopor Sistem Kangchu pada abad ke-19.

“Tokong ini bukan sekadar rumah ibadat, malah merupakan khazanah sejarah yang mengingatkan kita bahawa kemajuan Johor dibina atas sumbangan pelbagai kaum dan generasi.

“Warisan seperti ini perlu dipelihara supaya terus menjadi sumber ilmu dan inspirasi kepada anak-anak Johor,” katanya menerusi satu hantaran pada Khamis.

Beliau berkata, pertemuan bersama jawatankuasa pengurusan turut membincangkan usaha memelihara warisan sejarah, memperkukuh perpaduan masyarakat setempat serta memastikan institusi bersejarah terus mendapat perhatian sewajarnya.

Maszlee menegaskan masyarakat yang menghargai sejarah akan lebih yakin membina masa depan, selain menyifatkan kepelbagaian budaya sebagai aset penting yang menyatukan rakyat.

“Saya percaya masyarakat yang menghormati sejarahnya akan lebih yakin melakar masa depannya. Kepelbagaian budaya bukan sekadar untuk diraikan, tetapi menjadi kekuatan yang menyatukan kita sebagai rakyat Johor dan Malaysia,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Ling Shan Gong atas sambutan yang diberikan serta komitmen mereka dalam memelihara warisan bersejarah yang menjadi sebahagian daripada identiti dan pembangunan awal Johor.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok