Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

AHLI Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Profesor Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi, berpandangan slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ menyumbang kepada pembentukan politik berasaskan kelompok apabila memainkan persepsi bahawa orang Melayu dikawal oleh orang bukan Melayu.

Beliau berkata, naratif sedemikian tidak lagi tertumpu kepada sentimen anti-Cina semata-mata, sebaliknya cuba membentuk tanggapan bahawa kepimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) dikawal oleh masyarakat bukan Melayu.

“Naratif yang cuba dibawa ialah orang Melayu kononnya dikawal oleh orang bukan Melayu. Walaupun pemimpin utama PH ialah orang Melayu, persepsi yang dibentuk adalah parti itu sebenarnya dikawal oleh orang bukan Melayu.

“Ia bukan soal orang bukan Melayu benar-benar akan menguasai negara, tetapi soal pembentukan imej dan persepsi dalam kalangan pengundi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas landskap politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurutnya, pendekatan berkenaan mendorong masyarakat membuat penilaian terhadap sesuatu kaum atau kelompok secara menyeluruh tanpa mengambil kira individu dalam kumpulan tersebut.

“Apabila kita mengatakan semua orang daripada sesuatu kelompok adalah buruk, itulah yang dinamakan politik berasaskan kelompok. Kita tidak lagi menilai seseorang berdasarkan individu, sebaliknya berdasarkan identiti kumpulannya.

“Keadaan ini dapat dilihat apabila muncul kenyataan seperti semua orang Melayu begini atau semua orang Cina begitu. Pada pandangan saya, politik berasaskan kelompok semakin berjaya berbanding sebelum ini,” katanya.

Mengulas strategi politik pembangkang, Mohamad Tajuddin berpandangan Perikatan Nasional (PN) dijangka terus mengutamakan kerjasama politik bagi memperkukuhkan kedudukan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini, gabungan itu masih memerlukan kerjasama strategik untuk berdepan PH pada masa akan datang.

Menurutnya, Pas yang diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju PN, manakala parti komponen lain dilihat mengikut strategi yang dipersetujui dalam gabungan berkenaan.

“Politik hari ini bukan sekadar soal ideologi, tetapi juga strategi dan pembinaan kerjasama. Tiada satu parti yang mampu menguasai Malaysia secara bersendirian. Untuk menang, setiap parti memerlukan rakan politik,” katanya.

Related Posts

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

AYER KEROH –  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh dalam menentukan strategi dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera