DUN Melaka lulus pindaan Perlembagaan bagi ADUN lantikan walaupun dibantah lima ADUN PH

MELAKA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan selepas memperoleh sokongan majoriti dua pertiga dalam persidangan di Seri Negeri, Ayer Keroh.  

Pindaan itu membolehkan Yang di-Pertua Negeri Melaka melantik sehingga tujuh ADUN lantikan atas nasihat Ketua Menteri melalui peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri Melaka.  

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ketika membentangkan RUU berkenaan berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Perlantikan itu akan memberi ruang kepada individu yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk menyumbang kepada proses penggubalan dasar serta pembangunan negeri.  

“Pelantikan ADUN lantikan dijangka dapat memperkayakan perbahasan di Dewan Undangan Negeri melalui penyertaan golongan profesional, teknokrat dan tokoh masyarakat yang mampu memberikan pandangan serta kepakaran dalam pelbagai sektor,” katanya.

RUU berkenaan diluluskan menerusi undian dengan 23 ADUN menyokong, manakala lima ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) mengundi menolak usul tersebut.

Antara yang menyokong pindaan itu ialah Ketua Pembangkang Melaka merangkap ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.  

Lima ADUN PH yang mengundi menolak usul itu pula mengekalkan pendirian gabungan berkenaan yang sebelum ini membantah cadangan mewujudkan ADUN lantikan atas alasan wakil rakyat seharusnya dipilih secara langsung oleh rakyat menerusi pilihan raya.  

Dengan kelulusan RUU tersebut, Melaka menjadi antara negeri yang memperuntukkan mekanisme pelantikan ADUN lantikan menerusi pindaan Perlembagaan Negeri. Pelaksanaannya kelak tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. 

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam