Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

TAWAU – Penubuhan Sukarelawan Muda Sabah Maju Jaya (SMJ) berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ sekali gus penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan agenda pembangunan negeri hingga ke peringkat akar umbi.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penubuhan gerakan di bawah KBSK itu selaras dengan Hala Tuju SMJ yang digariskan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Seperti yang sedia maklum, di bawah kerajaan hari ini terdapat pelbagai inisiatif yang memberi penekanan kepada pemerkasaan modal insan, khususnya dalam kalangan golongan muda.

“Usaha ini bertujuan melahirkan Sukarelawan Muda yang bukan sahaja berperanan dalam memberi bantuan, malah menjadi medium penyampaian maklumat kerajaan agar dapat sampai hingga ke peringkat akar umbi,” ujarnya kepada media pada Karnival Belia Sabah di Kompleks Sukan Tawau, pada Sabtu.

Menurut Nizam, penubuhan gerakan itu turut memberi fokus kepada latihan dan pembangunan sahsiah belia agar mereka dapat mengisi masa dengan aktiviti berfaedah serta menjauhi perkara tidak sihat.

“Pendekatan ini diharap mampu melahirkan generasi belia yang berdaya saing, bersemangat sukarelawan serta berperanan aktif dalam membantu kerajaan dan masyarakat, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah secara menyeluruh,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Sukarelawan Belia SMJ, Ahmad Daniel, 21, berkata, gerakan Sukarelawan Muda itu memberi fokus kepada aspek kebajikan dan kemanusiaan dengan menggalakkan penyertaan belia yang mempunyai semangat sukarela untuk membantu masyarakat serta menjayakan program-program bermanfaat.

“Kami menyasarkan untuk memperluaskan penglibatan gerakan ini ke seluruh Sabah dalam usaha memperkukuh peranan belia dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

“Apa sahaja program yang melibatkan kebajikan dan masyarakat, kami akan cuba hadir dan menyumbang,” jelasnya.

Tambah Ahmad Daniel, penyertaan dalam Sukarelawan Muda SMJ terbuka kepada belia berumur antara 16 hingga 30 tahun.

“Buat masa ini, hebahan rasmi akan dilaksanakan melalui media sosial seperti Facebook, dan platform rasmi akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi memudahkan pendaftaran,” tambahnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan