KKR utama pemasangan lampu jalan di lokasi risiko tinggi kemalangan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memberi keutamaan kepada pemasangan lampu jalan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pendekatan itu diambil susulan kekangan peruntukan yang tidak membolehkan pemasangan lampu dilakukan di sepanjang keseluruhan jalan Persekutuan.

“Kita hanya boleh menumpukan dengan peruntukan yang ada kepada tempat-tempat yang berisiko tinggi kemalangan. Di situlah kita utamakan untuk pemasangan lampu jalan ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu kekurangan pencahayaan di beberapa laluan jalan Persekutuan, khususnya menuju kawasan rancangan FELDA, yang dilihat kurang terang berbanding sebahagian jalan negeri di Negeri Sembilan.

Alexander berkata, KKR memiliki data lengkap mengenai lokasi strategik yang memerlukan pemasangan lampu jalan, termasuk di kawasan Tampin, bagi memastikan pelaksanaan projek dibuat secara lebih berkesan.

Katanya, kementerian akan terus menggunakan data dan penilaian risiko sebagai asas menentukan lokasi pemasangan lampu jalan mengikut tahap keutamaan serta peruntukan yang diterima dari semasa ke semasa.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan