Hampir 200,000 pemilik kenderaan pikap, jip lulus tambahan 100 liter sebulan

KOTA KINABALU – Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip telah diluluskan tambahan 100 liter sebulan di bawah BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), menjadikan jumlah had kelayakan mereka sebanyak 300 liter sebulan bermula bulan Julai 2026.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah itu merangkumi lebih 174,000 warganegara di Semenanjung Malaysia dan lebih 22,000 warganegara di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, kemudahan tambahan itu disediakan dengan mengambil kira keperluan penggunaan diesel yang lebih tinggi dalam kalangan pemilik pikap dan jip, termasuk untuk kegunaan perniagaan kecil dan sederhana serta pergerakan ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Kerajaan memahami bahawa bagi pemilik pikap dan jip diesel, kenderaan ini bukan sekadar untuk perjalanan harian, tetapi turut digunakan bagi mencari rezeki dan mengurus keperluan keluarga.

“Sebab itu, kemudahan tambahan 100 liter ini disediakan. Harapan kita, kemudahan tambahan ini dapat membantu mereka mengurus keperluan diesel bulanan dengan lebih baik,” katanya menerusi sidang media, di Kota Kinabalu, pada Ahad.

Beliau berkata, Kerajaan turut meneliti maklum balas rakyat berhubung penggunaan kenderaan diesel milik ahli keluarga terdekat atau kenderaan yang belum dikemas kini rekod pemilikannya.

“Bagi kenderaan diesel persendirian individu yang digunakan oleh ahli keluarga terdekat yang berbeza daripada pemilik berdaftar, penerima asal BUDI Diesel boleh membuat permohonan pemindahan kelayakan melalui portal rasmi BUDI MADANI tertakluk kepada syarat dan pengesahan yang ditetapkan.

“Sebagai alternatif, pengguna sebenar kenderaan diesel juga boleh mengemas kini rekod pemilikan kenderaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan telah melaksanakan pengecualian fi tukar hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan mulai 1 Julai 2026 bagi memudahkan urusan tersebut.

“Penambahbaikan ini menunjukkan bahawa pelaksanaan BUDI Diesel akan terus dipantau dan disesuaikan berdasarkan maklum balas rakyat, supaya manfaat subsidi sampai kepada penerima yang layak tanpa membuka ruang kepada ketirisan dan penyeludupan.

“Setakat 4 Julai, lebih 2,000 permohonan pemindahan kelayakan BUDI Diesel telah diterima melalui portal www.budimadani.gov.my,” tambahnya.

Jelas Amir Hamzah, sejak pelaksanaan akses awal BUDI Diesel pada 27 Jun hingga 4 Julai lepas, lebih 336,000 transaksi diesel telah direkodkan.

Katanya, ini melibatkan pembelian 12.6 Juta liter diesel bersubsidi dengan lebih RM23 juta subsidi ditanggung oleh Kerajaan MADANI.

“Jualan ini merangkumi pembelian diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter semasa akses awal dan RM2.10 seliter sejak pelaksanaan penuh BUDI Diesel pada 1 Julai.

“Subsidi bersasar merupakan manfaat Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang layak dan pada masa yang sama, penyasaran subsidi penting bagi memastikan bekalan diesel bersubsidi kekal terjamin dan bantuan tidak disalah guna oleh pihak yang tidak layak.

Tambah beliau, pelaksanaan BUDI Diesel bukan bertujuan menafikan bantuan kepada rakyat yang layak, sebaliknya memastikan subsidi Kerajaan disalurkan mengikut keperluan sebenar sambil menutup ruang ketirisan dan penyeludupan yang telah merugikan negara berbilion ringgit setiap tahun.

Kerajaan MADANI akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel dan meneliti maklum balas rakyat serta industri bagi memastikan manfaat subsidi sampai kepada penerima yang layak, bekalan diesel bersubsidi kekal terjamin dan ketirisan dapat terus dikekang.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor