Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

KOTA KINABALU – Warga Filipina merupakan kumpulan terbesar yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Sabah di Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Ranau apabila seramai 71 daripada keseluruhan 91 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberkas adalah warga negara itu.

Pengarah ImigresenSabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi berkenaan dijalankan menerusi Ops Selera, Ops Belanja, Ops Serkap, Ops Sapu dan Ops Kutip bagi membanteras kehadiran warga asing yang melanggar undang-undang imigresen negara.

Katanya, di Kota Kinabalu, seramai 46 warga asing ditahan hasil pemeriksaan ke atas 151 individu. Mereka terdiri daripada 43 warga Filipina, dua warga Indonesia dan seorang warga Pakistan.

“Di Kudat pula, Ops Sapu memeriksa 46 individu sebelum menahan sembilan warga Filipina.

“Operasi bersepadu di Tawau yang turut membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memeriksa 159 individu dan menahan 23 warga asing, iaitu 12 warga Filipina dan 11 warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Dalam pada itu, di Ranau pula, Ops Sapu memeriksa 17 individu sebelum menahan 13 warga asing, membabitkan tujuh warga Filipina dan enam warga Indonesia.

Secara keseluruhan, 71 warga Filipina, 19 warga Indonesia dan seorang warga Pakistan ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan melanggar syarat pas.

Saleha berkata, Imigresen Sabah akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan bagi mengekang kemasukan serta kehadiran PATI di negeri ini.

“Imigresen Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen negara dan tindakan tegas akan terus diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” tegasnya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun