Selangor kaji penggunaan EV sebagai kenderaan rasmi SUKMA 2026

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti cadangan penggunaan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada sistem logistik dan pengangkutan rasmi sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

EXCO Belia dan Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, cadangan itu selari dengan komitmen negeri dalam memperkukuh agenda pembangunan mampan, mengurangkan pelepasan karbon dan memperluaskan penggunaan teknologi hijau.

Menurutnya, penggunaan EV berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil selain menawarkan penjimatan kos operasi dalam tempoh jangka panjang.

“Bagaimanapun, pada peringkat ini Kerajaan Negeri masih meneliti aspek pelaksanaan secara menyeluruh kerana urusan penajaan dan pembekalan kenderaan rasmi SUKMA 2026 masih belum dimuktamadkan.

“Beberapa faktor operasi juga perlu diberi perhatian termasuk kesediaan infrastruktur pengecasan, kapasiti sokongan teknikal serta liputan lokasi pertandingan yang melibatkan pelbagai daerah di seluruh Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pembentangan pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Selasa.

Menurur Mohd Najwan, penyebaran venue pertandingan di beberapa daerah memerlukan perancangan logistik yang teliti bagi memastikan kelancaran pergerakan atlet, pegawai dan urus setia sepanjang temasya berlangsung.

Jelas beliau, aspek jarak perjalanan, tempoh pengecasan dan ketersediaan stesen pengecas EV perlu dinilai secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Venue SUKMA 2026 melibatkan kawasan yang luas dan bertaburan di beberapa daerah. Justeru, semua aspek berkaitan operasi dan mobiliti perlu diteliti bagi memastikan sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan.

“Namun, cadangan ini akan terus dipertimbangkan dalam perancangan logistik SUKMA 2026, khususnya jika terdapat kerjasama strategik daripada industri automotif atau syarikat berkaitan yang berminat menjadi penaja rasmi temasya ini,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan