Padah rempuh sekatan jalan raya, pemandu positif dadah dipenjara

KUCHING – Tindakan seorang lelaki di bawah pengaruh dadah merempuh sekatan jalan raya sehingga mencederakan pegawai polis membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tertuduh berusia 29 tahun itu telah didakwa dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Kuching pada Isnin.  

“Lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara enam bulan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, penjara setahun bagi Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan penjara sembilan bulan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.  

“Selain itu, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas mengenai kejadian pada jam 2.40 pagi Sabtu lalu, Alexson menjelaskan, bahawa suspek telah merempuh SJR Op Bersepadu Cegah Jenayah di Jalan Padungan.  

Difahamkan suspek memandu kereta Perodua Viva ketika kejadian.

Rempuhan tersebut turut melanggar seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) yang sedang bertugas.  

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian pinggang berserta luka pada siku kanan dan telah menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak.  

Jelas beliau, suspek yang melarikan diri dari lokasi kejadian berjaya ditahan pada jam 7 pagi hari yang sama di Jalan Bintara, Samariang di sini.  

“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin, metamfetamin, ketamin dan benzodiazepin.  

“Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau atas pelbagai kesalahan jenayah,” ujarnya. 

Related Posts

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

KOTA KINABALU – Satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian dipercayai membabitkan seorang murid 11 tahun yang menjadi mangsa buli di sebuah asrama sebuah sekolah rendah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

Murid terjatuh dari bangunan sekolah: JPN Perak jalan siasatan dalaman, jaga kebajikan mangsa dan keluarga

Murid terjatuh dari bangunan sekolah: JPN Perak jalan siasatan dalaman, jaga kebajikan mangsa dan keluarga

Kutipan hasil Selangor cecah RM1.7 bilion, Amirudin yakin sasaran RM2.8 bilion mampu dicapai

Kutipan hasil Selangor cecah RM1.7 bilion, Amirudin yakin sasaran RM2.8 bilion mampu dicapai

PGA rampas e-waste, pelbagai barangan bernilai RM6.4 juta

PGA rampas e-waste, pelbagai barangan bernilai RM6.4 juta

Padah rempuh sekatan jalan raya, pemandu positif dadah dipenjara

Padah rempuh sekatan jalan raya, pemandu positif dadah dipenjara