PGA rampas e-waste, pelbagai barangan bernilai RM6.4 juta

KUANTAN – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai barangan e-waste dan peralatan berkaitan, termasuk minyak diesel bernilai kira-kira RM6.4 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang dekat Lebuh Raya Tun Abdul Razak di Gambang semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, berdasarkan maklumat dan risikan pihaknya melakukan serbuan ke atas kilang berkenaan kira-kira jam 3 petang.

“Pemeriksaan terhadap kilang menemukan 400 liter minyak diesel, satu unit penyedut minyak , lima guni jumbo ‘pc motherboard’ dan 15 guni jumbo barang-barang elektronik,

“Turut dirampas satu guni jumbo ‘cooper’, 8.000 liter minyak ‘transformers’, 40 guni jumbo ‘lantern HPSV’, 30 unit ‘switchgear RMU.SW’ dan 10 unit ‘IBC Tank’ 1,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Radzi, pengurus kilang gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barangan yang berada di kilang tersebut.

Katanya, PGA telah menahan pengurus kilang dan barangan berkaitan dirampas untuk tindakan lanjut.

“Barangan rampasan berkaitan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Rampasan berkait barangan e-waste akan diserahkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar Pahang untuk tindakan dan siasatan lengkap.

Tambahnya, Majlis Bandaraya Kuantan pula menyita semua barangan yang berada di kawasan kilang kerana menjalankan operasi tanpa lesen dan permit sah.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar