Kutipan hasil Selangor cecah RM1.7 bilion, Amirudin yakin sasaran RM2.8 bilion mampu dicapai

SHAH ALAM – Prestasi kutipan hasil Selangor terus berada pada landasan positif apabila berjaya mengumpul RM1.7 bilion setakat Jun tahun ini, sekali gus menghampiri sasaran keseluruhan RM2.8 bilion yang ditetapkan bagi tahun 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, meskipun kutipan hasil negeri bergerak agak perlahan pada suku pertama tahun ini, keadaan kini kembali stabil dan selari dengan unjuran yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Tiga bulan pertama 2026 kita melihat sedikit kelembapan dalam kutipan hasil negeri, namun kita sentiasa membuat pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

“Menjelang Jun, kemasukan hasil negeri sudah berada pada tahap yang sepadan dengan sasaran yang ditetapkan. Walaupun sedikit tergelincir pada peringkat awal, kita masih berada di landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 pada Persidangan Dewan Negeri Selangor pada Selasa.

Amirudin menjelaskan antara faktor yang mempengaruhi kutipan hasil pada awal tahun ialah sambutan beberapa perayaan utama termasuk Thaipusam, Tahun Baharu Cina, Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha.

“Budaya masyarakat ketika musim perayaan menyebabkan sedikit penurunan dari segi produktiviti dan kita memahami keadaan tersebut.

“Namun penjawat awam terus digesa melaksanakan tugas sebaik mungkin bagi memastikan sasaran hasil negeri dapat dicapai,” katanya.

Beliau optimis baki RM1.1 bilion yang diperlukan untuk mencapai sasaran keseluruhan dapat dikutip menjelang penghujung tahun berdasarkan prestasi semasa dan unjuran yang dibuat kerajaan negeri.

“Setakat ini kutipan hasil telah mencecah RM1.7 bilion. Insya-Allah, kita hanya perlu mencari RM1.1 bilion lagi dan berdasarkan unjuran semasa, sasaran RM2.8 bilion itu mampu dicapai menjelang akhir tahun,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar