Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

BINTULU – Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan status Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Ahad bagi menunaikan komitmen yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyerahan pelabuhan pintu masuk gas asli cecair (LNG) berskala besar dan tersohor di peringkat global itu sebagai satu peristiwa bersejarah.

Beliau mengakui proses menyerahkan pelabuhan gergasi tersebut bukan suatu urusan yang mudah dan menuntut perbincangan yang mendalam. 

Menurut beliau, rundingan itu akhirnya berjaya diselesaikan melalui persefahaman dan kepercayaan di peringkat tertinggi antara beliau dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, Anwar menempelak suara sinis serta menegaskan bahawa peralihan status tersebut diputuskan secara harmoni tanpa sebarang unsur tekanan atau ugutan daripada pihak Sarawak. 

Beliau komited untuk memastikan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri terus terjalin kukuh berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.  

Pertemuan dan rundingan berkaitan peralihan status pelabuhan itu turut melibatkan peranan penting Menteri Pengangkutan serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas.

Berhubung pengurusan syarikat minyak dan gas, Perdana Menteri menegaskan perbincangan antara Petronas dengan PETROS telah mencapai persetujuan melibatkan beberapa prinsip asas dan perkara pokok. 

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Russia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

PUTRAJAYA – Kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai perjanjian tenaga baharu di Turkmenistan dan Russia mempamerkan kehebatan hubungan diplomatik Malaysia yang kukuh dengan kedua-dua negara. Ahli geostrategi dan Felo Kanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

SIK – Selepas 11 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur di sini hari ini. Mayat lelaki terbabit,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Russia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Russia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM