Terima kasih wartawan Malaysia – PM Anwar

BUTTERWORTH – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengamal media negara atas jasa dan pengorbanan mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat serta membantu memperkukuh pembangunan negara.

Beliau berkata, sumbangan pengamal media amat besar terutama dalam memastikan rakyat memperoleh maklumat yang tepat, sahih dan berimbang di tengah-tengah ledakan teknologi serta media sosial.

“Saya harus sampaikan terima kasih dan menghargai jasa khidmat berpanjangan rakan-rakan pengamal media di Malaysia.

“Tugas pengamal media pada masa ini bukan mudah, terutama ketika dunia berdepan ledakan teknologi digital dan AI yang membawa cabaran baharu kepada industri media,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2026 di PICCA @ Arena Butterworth di sini hari ini.

Menurut beliau, wartawan dan organisasi media kekal memainkan peranan penting sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar, pembangunan serta isu semasa.

Katanya, kebebasan bersuara dan penyampaian maklumat perlu terus dipertahankan dalam sebuah negara demokratik, namun mesti diseimbangkan dengan tanggungjawab serta berteraskan etika yang tinggi.

“Kadang-kadang orang sibuk bercakap soal pertumbuhan ekonomi, digital, transisi tenaga dan AI tetapi jangan lupa bahawa semua kerangka baharu itu tidak harus meninggalkan aspek etika dan nilai.

“Apa yang disampaikan itu benar atau palsu, hak atau batil, ditentukan oleh etika dan nilai, bukan semata-mata fakta. Ini satu cabaran besar yang perlu kita hadapi dan amalkan,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Anwar turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Bernama dan TATOLI bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang media dan pertukaran maklumat antara kedua-dua agensi berita.

Beliau turut menyampaikan Anugerah HAWANA kepada Datuk Suhaimi Sulaiman sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam pembangunan industri media negara.

Anwar juga menyampaikan Anugerah Khas HAWANA 2026 kepada Azlan Idris secara anumerta atas jasa besar Allahyarham dalam bidang kewartawanan dan penyiaran negara.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada tiga penggiat media yang berdepan masalah kesihatan sebagai usaha membantu meringankan beban mereka.

Majlis Kemuncak HAWANA 2026 yang mengangkat tema Media Berintegriti, Teras Kredibiliti menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara termasuk delegasi dari Timor-Leste, Cambodia dan Laos serta dimeriahkan dengan persembahan boria dan nyanyian artis tempatan.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET