JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, jawatankuasa berkenaan memainkan peranan penting sebagai rakan strategik serta penghubung rasmi antara kerajaan dengan rakyat.

Jelas beliau, tanggungjawab JKKK bukan sekadar memimpin masyarakat, malah perlu memastikan setiap dasar dan bantuan daripada kerajaan negeri serta Persekutuan disampaikan kepada golongan sasar dengan sewajarnya.

“Peranan ini amat penting kerana JKKK merupakan pentadbiran di peringkat akar umbi yang paling hampir dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Ceramah Motivasi Pendidikan dan Ceramah Pemantapan JKKK pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata JKKK wajar mengenal pasti serta membangunkan peluang ekonomi termasuk sektor pelancongan yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

Menurutnya, fenomena penghijrahan golongan muda ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan yang lebih baik kini menjadi trend di seluruh negara dan bukan hanya berlaku di Limbang.

“Namun, jika JKKK berjaya membangunkan potensi ekonomi kampung, saya percaya lebih ramai anak muda akan memilih untuk terus tinggal dan membangunkan kawasan mereka sendiri,” ujarnya.

Bagi menyokong inisiatif tersebut, beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap pemerkasaan JKKK menerusi pelbagai penganjuran kursus dan latihan.

Langkah itu, tambahnya, amat penting bagi melengkapkan pemimpin akar umbi dengan pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi untuk memacu pembangunan secara komprehensif, merangkumi sektor ekonomi, pertanian, pelancongan dan keusahawanan.

Related Posts

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menyediakan peruntukan kira-kira RM200,000 bagi membantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan di kawasan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

SANDAKAN – Isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan bandar, kampung dan taman perumahan perlu diberi perhatian serius dan tindakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin. Ketua Cabang Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor