Bekas pemimpin Bersatu persoal Muhyiddin, dakwa kesetiaan tidak dihargai


SHAH ALAM – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman, meluahkan rasa kecewa terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa lebih memberi kepercayaan dan peluang kepada individu tertentu dalam parti sehingga berjaya menduduki jawatan penting.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Muhammad Faiz mendakwa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang menyertai Bersatu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), telah diberikan laluan pantas dalam politik apabila dilantik sebagai senator, Timbalan Menteri serta Ketua Armada Nasional.

Menurut beliau, Wan Ahmad Fayhsal turut diberi peluang bertanding di kerusi yang disifatkannya sebagai kawasan selamat untuk dimenangi.

“Orang awal seperti saya, dicampak ke Bagan Datuk PRU15 untuk misi bunuh diri (yang mana dengan takdir Tuhan saya tidak hilang deposit malah dapat mengekalkan kerusi Presiden UMNO hingga terbentuknya Kerajaan MADANI).

“Sekarang orang yang TS bagi macam-macam peluang itulah yang kini paling kuat menentang dan mencerca TS di media,” katanya menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, Faiz turut mempersoalkan keputusan Muhyiddin yang didakwanya lebih mempercayai individu tertentu berbanding ahli yang setia bersama parti sejak awal.

“Saya setia kepada anda dan parti. Tapi TS memilih lelaki ini, kenapa? Sebab kenal arwah nenek dia mantan Ketua Wanita UMNO Tumpat? Sebab orang baru macam saya dalam politik ketika itu tidak dikenali?” soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa Muhyiddin muhasabah diri dan menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, demi menjamin kestabilan politik negara.

Dr Muhammad Faiz kini merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas meninggalkan Bersatu.

Related Posts

Wahai Akmal, gaji minimum naik, B40 terbela – Wanita PKR

KENAIKAN gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berpotensi membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40), khususnya pekerja yang menerima gaji minimum, kata Naib Ketua Wanita PKR, Loh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

KUALA LUMPUR – Pas wajar menyerahkan satu pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di empat negeri yang ditadbirnya kepada UMNO sekiranya kedua-dua parti itu serius mahu meneruskan kerjasama politik pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala