Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

KAZAN -Negara anggota ASEAN dan Rusia disaran memperluas kerjasama pelbagai hala dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor berkenaan menawarkan prospek kerjasama yang luas ketika kedua-dua pihak berusaha mempelbagaikan pasaran, meningkatkan ketahanan rantaian bekalan serta membuka peluang baharu untuk pertumbuhan.

Menurut Anwar, pengukuhan ketersambungan, pembinaan kepercayaan dan pelaksanaan kerjasama praktikal perlu terus diperkasakan bagi memastikan hubungan ASEAN-Rusia kekal relevan dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar.

“ASEAN memahami realiti ini dengan baik selepas muncul sebagai salah satu wilayah ekonomi paling dinamik di dunia dengan kelas menengah yang semakin berkembang, ekonomi digital berkembang pesat dan populasi muda terus memacu pertumbuhan dan inovasi di seluruh rantau berkenaan.

“Walaupun persekitaran global tidak menentu, ASEAN telah menunjukkan daya tahan luar biasa. Rantau ini terus menarik pelaburan, mempertingkatkan integrasi dan mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian nilai global,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia, di sini, hari ini.

Forum itu menghimpunkan lebih 400 pemimpin korporat dan wakil komuniti perniagaan dari Rusia serta negara anggota ASEAN.

Anwar berkata, ASEAN kekal berpegang teguh kepada prinsip keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama yang menjadi asas kepada kekuatan blok serantau itu.

Beliau berkata, prinsip berkenaan membolehkan ASEAN yang mempunyai kira-kira 700 juta penduduk mengekalkan autonomi strategiknya, selain memperkukuh peranannya sebagai kuasa penstabil dalam urusan serantau menerusi Keutamaan ASEAN.

“Walaupun ASEAN dan Rusia masih belum menjadi rakan ekonomi utama antara satu sama lain, potensi bagi libat urus lebih mendalam masih besar,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dan sektor perniagaan kini berdepan persekitaran global yang semakin kompleks, kompetitif dan sukar dijangka.

“Bagaimanapun, tempoh gangguan turut mewujudkan peluang bagi pembaharuan. Cabaran di hadapan kita bukan sekadar untuk menyesuaikan diri dengan dunia berubah-ubah tetapi untuk membentuknya dengan cara yang menggalakkan kestabilan, daya tahan dan kemakmuran bersama.

“Tidak ada negara tidak kira betapa benar atau kuatnya, boleh berjaya mengharungi cabaran ini secara bersendirian,” katanya.

Beliau berkata, hubungan ASEAN-Rusia terus berkembang secara positif sejak lebih tiga dekad lalu menerusi dialog yang berterusan, peningkatan interaksi ekonomi dan komitmen bersama terhadap kerjasama yang saling menguntungkan.

Terdahulu, Anwar merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Rusia, Tatarstan dan Majlis Perniagaan Rusia-ASEAN atas penganjuran forum berkenaan serta layanan yang diberikan.

Perdana Menteri kini berada di Kazan, ibu kota dan bandar terbesar Tatarstan, sempena lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun.

Sepanjang lawatan itu, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Related Posts

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan amalan menjual tempat pengajian dan kemasukan pelajar melalui ‘jalan belakang’ ke universiti awam yang tular menerusi satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

KAZAN – Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 dijangka menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan hubungan ekonomi antara ASEAN dan Rusia, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diesel di Semenanjung turun kepada RM4.37 seliter minggu depan – MoF

Diesel di Semenanjung turun kepada RM4.37 seliter minggu depan – MoF

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3