Taman Buaya Miri dijenamakan semula sebagai Animal Wonderland

MIRI – Ahli Parlimen Miri yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man hari ini menyempurnakan majlis pelancaran penjenamaan semula Miri Crocodile Farm Wildlife Park cum Mini Zoo kepada Animal Wonderland.

Menurut beliau, inisiatif penjenamaan semula itu bertujuan untuk memperkukuh daya tarikan destinasi berkenaan sebagai produk pelancongan mesra keluarga, khususnya bagi menarik kehadiran pelawat dari Brunei dan luar Sarawak.

Taman berkeluasan 22 ekar itu menawarkan pelbagai lokasi tarikan termasuk menempatkan ratusan ekor buaya, zoo mini interaktif dan beruang madu (beruang matahari) yang juga merupakan maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam pada itu, Choon Man turut menyokong cadangan pembangunan Taman Rusa baharu di kawasan tersebut, selain menaja tiket masuk kepada 2,000 murid tadika dan sekolah rendah di sekitar Miri bagi menggalakkan program lawatan sambil belajar.

Jelas beliau, usaha berterusan itu diyakini dapat membantu meningkatkan jumlah kehadiran pelancong, merancakkan rantaian ekonomi setempat serta mengukuhkan kedudukan Miri sebagai antara destinasi pelancongan utama di Sarawak.

Related Posts

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang dijangka masih kekal mempertandingkan 82 kerusi sedia ada berikutan proses kajian semula persempadanan bagi 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

MIRI – Masyarakat digesa untuk mengikis stigma negatif berhubung isu kesihatan mental, sebaliknya tampil menjadi sistem sokongan yang utuh kepada individu yang sedang berdepan dengan cabaran emosi kritikal. Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri

Lima kereta plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup

Lima kereta plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup