Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengesahkan pelantikan Mohd Hisyamuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu.

Shamsul berkata, pelantikan yang berkuat kuasa pada 8 Jun itu bagi menggantikan Datuk Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatannya pada Ahad selepas lebih setahun menerajui jabatan itu.

“Semoga terus cemerlang menggalas amanah demi memperkukuh komunikasi kerajaan yang berkesan dan diyakini rakyat,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Menerusi gambar yang dikongsikan, pelantikan Mohd Hisyamuddin turut disaksikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Shamsul Azri juga menzahirkan penghargaan kepada Ismail atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

“Semoga terus aktif dalam menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Hisyamuddin yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Anak jati Kelantan ini memulakan langkah dalam aktivisme politik sejak era Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau kemudian menyertai Amanah pada 2015 dan pernah bertanding di DUN Apam Putra pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Seterusnya, beliau memilih untuk berhijrah ke PKR dan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kuala Krai pada PRU15.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman