Mahasiswa Malaysia di Jepun perlu timba pengalaman, hayati nilai masyarakat setempat – PM

TOKYO – Mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara, khususnya di Jepun, disaran memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk menimba pengalaman serta memahami nilai positif masyarakat setempat sebagai persediaan menyumbang kepada pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya turut merangkumi pengalaman hidup, pembentukan sahsiah dan pemahaman terhadap budaya serta sejarah sesebuah negara.

Menurut beliau, pengalaman berada di negara maju seperti Jepun mampu memberikan pendedahan berharga kepada mahasiswa, terutama dalam memahami nilai yang boleh diterapkan dalam pembangunan masyarakat dan negara.

“Gunakan masa anda di sini dengan sebaik-baiknya kerana Jepun mempunyai banyak perkara yang boleh dipelajari dan ia juga akan mempengaruhi pemahaman kita mengenai konsep MADANI.

“Sebab itu, kita turut menekankan aspek etika dan nilai kerana ia adalah antara teras utama MADANI. Nilai-nilai ini memerlukan kemanusiaan dan belas ihsan, namun pada masa sama kita mesti cemerlang dalam ekonomi moden, teknologi baharu dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang mahasiswa Malaysia dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan khas bertajuk Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin di Universiti Tokyo, hari ini.

Anwar berkata, negara sahabat seperti Jepun menawarkan pelbagai peluang pembelajaran yang melangkaui bidang akademik dan wajar dimanfaatkan oleh mahasiswa Malaysia sepanjang tempoh pengajian mereka.

Beliau berkata, kerajaan menaruh keyakinan tinggi terhadap keupayaan graduan Malaysia di Jepun untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan negara pada masa hadapan.

“Kita mempunyai ramai graduan Malaysia dari Jepun yang telah memberikan khidmat besar kepada negara.

“Mereka bukan sahaja membantu memenuhi keperluan industri baharu yang mempunyai kaitan dengan Jepun, malah turut menyumbang kepada pembangunan negara melalui pengalaman dan kefahaman yang diperoleh sepanjang berada di sini,” katanya.

Menurut beliau, sumbangan graduan Malaysia yang pernah menuntut di Jepun sebelum ini telah membantu memperkukuh pelbagai sektor strategik negara, termasuk industri yang mempunyai hubungan rapat dengan negara tersebut.

Difahamkan, lebih 2,000 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di Jepun ketika ini.Semalam, Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany, memaklumkan bahawa lawatan rasmi Anwar ke Tokyo selama tiga hari berlangsung menjelang sambutan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun pada tahun hadapan.

Beliau berkata, lawatan itu turut menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama serta meneroka peluang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan