PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

KUALA LUMPUR – PKR melantik Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden parti yang baharu.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik parti yang berlangsung di Batu Pahat, Johor, hari ini bagi memperkemas dan memperkasakan pentadbiran serta gerak kerja organisasi di peringkat pusat.

“Ia (pelantikan itu) bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan berkenaan menambah kekuatan barisan kepimpinan PKR yang sebelum ini dianggotai empat Naib Presiden dipilih menerusi pemilihan parti, iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.

Saifuddin Nasution kini berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri, manakala Dr Zaliha memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR dan Pengerusi PKR Johor.

Pada masa sama, Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan jentera pilihan raya PH Johor malam ini sebagai persediaan menghadapi PRN Johor ke-16.

PH Johor sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya berkenaan.

Dalam PRN Johor 2022, Barisan Nasional (BN) menguasai majoriti DUN dengan memenangi 40 kerusi, diikuti PH sebanyak 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi dan MUDA satu kerusi.

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sekali gus membuka laluan kepada PRN negeri itu diadakan dalam masa terdekat.

Related Posts

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berharap lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung tidak lama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan