MP PKR hadir pelancaran parti baharu timbulkan persoalan ‘main dua kolam’

PASIR GUDANG – Tindakan beberapa Ahli Parlimen PKR hadir ke pelancaran Parti Bersama baru-baru ini mencetuskan reaksi keras daripada kepimpinan Wanita parti, yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak selari dengan semangat kesetiaan dan disiplin parti.

Timbalan Setiausaha Wanita PKR, Rozy Razit menegaskan, bahawa kehadiran kumpulan Ahli Parlimen berkenaan bukan lagi boleh dianggap kebetulan atau sekadar memenuhi jemputan biasa, sebaliknya memberi isyarat politik yang jelas kepada gerakan politik baharu.

Menurutnya, tindakan itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap perjuangan PKR, khususnya apabila ia berlaku pada tarikh yang sama dengan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang menghimpunkan pimpinan serta akar umbi bagi memperkukuh solidariti gabungan.

“Kalau benar masih setia kepada perjuangan parti, mengapa perlu hadir dan memberi isyarat politik kepada sebuah parti baharu yang sedang cuba membina pengaruh?” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai bertentangan dengan usaha memperkukuh parti dan gabungan, lebih-lebih lagi ketika parti berdepan cabaran dalam mengekalkan sokongan serta kestabilan dalaman.

Katanya, akar umbi parti telah lama menunjukkan kesetiaan walaupun ketika parti berada dalam keadaan sukar, namun sikap segelintir pemimpin yang kini berada dalam posisi selesa didakwa mula menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong.

“Jika benar sudah tidak sehaluan, maka berlaku jujurlah. Keluar secara terhormat dan jangan terus menjadi duri dalam daging,” tegas beliau lagi.

Rozy turut menekankan bahawa parti tidak boleh terlalu berlembut dalam soal disiplin, sebaliknya perlu mengambil pendirian tegas bagi mengelakkan budaya ‘main dua kolam’ menjadi amalan dalam kalangan pemimpin.

Beliau turut mengingatkan bahawa mandat rakyat bukan ruang untuk percubaan politik peribadi, sebaliknya amanah yang perlu dipertahankan dengan penuh tanggungjawab dan kesetiaan.

Alif Aziz

Negara Kita Tanggungjawab Kita!

Related Posts

PKR Kemaman kekal utuh, setia bersama kepimpinan presiden – Ahmad Nazri

KEMAMAN – Ketua Cabang PKR Kemaman, Ahmad Nazri Yusof menegaskan cabang berkenaan kekal utuh dan stabil termasuk sayap Wanita serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) meskipun Timbalan Ketua Cabang, Affandi Mohammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Pandan masih berfungsi seperti biasa walau ada keluar parti

PUTRAJAYA – Struktur kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Cabang Pandan masih berfungsi seperti biasa walaupun beberapa pimpinan sayap tersebut telah meninggalkan parti, pada Khamis. Ketua AMK Cabang Pandan, Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Kemaman kekal utuh, setia bersama kepimpinan presiden – Ahmad Nazri

PKR Kemaman kekal utuh, setia bersama kepimpinan presiden – Ahmad Nazri

RM1.32 juta diperuntukkan bagi Jualan Makmur Aidiladha tahun ini

RM1.32 juta diperuntukkan bagi Jualan Makmur Aidiladha tahun ini

AMK Pandan masih berfungsi seperti biasa walau ada keluar parti

AMK Pandan masih berfungsi seperti biasa walau ada keluar parti

Krisis semasa tuntut perubahan struktur ekonomi

Krisis semasa tuntut perubahan struktur ekonomi

MP PKR hadir pelancaran parti baharu timbulkan persoalan ‘main dua kolam’

MP PKR hadir pelancaran parti baharu timbulkan persoalan ‘main dua kolam’

Miri Mayfest Carnival 2026 meriah, satukan komuniti pelbagai kaum

Miri Mayfest Carnival 2026 meriah, satukan komuniti pelbagai kaum