AMK Pandan masih berfungsi seperti biasa walau ada keluar parti

PUTRAJAYA – Struktur kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Cabang Pandan masih berfungsi seperti biasa walaupun beberapa pimpinan sayap tersebut telah meninggalkan parti, pada Khamis.

Ketua AMK Cabang Pandan, Mohd Ifwat Amir Hamirudin berkata, pimpinan yang tidak lagi sehaluan dengan PKR tidak bermaksud perjuangan reformasi yang sekian lama menjadi agenda parti bakal terkubur.

Menurut beliau, tindakan meninggalkan parti juga merupakan keputusan individu dan tidak menggambarkan keseluruhan kekuatan AMK Pandan akan terjejaskan disebabkan perbuatan mereka.

“Setiap keputusan individu adalah tanggungjawab masing-masing. Namun, perjuangan Reformasi tidak akan terhenti kerana tindakan mana-mana pihak.

“Perubahan dalam organisasi adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik dan tidak
menjejaskan kekuatan asas parti yang dibina atas komitmen anggota serta sokongan rakyat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Tambahnya AMK cabang berkenaan akan terus komited mempertahankan Parlimen Pandan dan memperkukuh parti, selari dengan saranan Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di Pandan, gerak kerja parti terus berjalan seperti biasa dan fokus kami kekal kepada
memperkukuh organisasi serta menyantuni rakyat.

“AMK Pandan akan terus komited mempertahankan Parlimen Pandan dan memperkukuh parti, selari dengan saranan Presiden (PKR),” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pandan, Haqimi Zamri bersama 18 daripada 26 ahli jawatankuasa (AJK) sayap berkenaan meletak jawatan serta-merta, mengikut jejak Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengosongkan jawatan ketua cabang dan Ahli Parlimen kawasan itu.

Pada sidang media pada Khamis, Haqimi berkata, mereka turut disertai pengerusi tetap AMK cabang, manakala 14 daripada AJK terbabit turut keluar PKR dengan notis makluman rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh dalam masa terdekat.

Serentak itu, beliau mendakwa, struktur kepimpinan AMK Pandan turut terbubar secara automatik selepas hilang korum mengikut Fasal 15.11 Peraturan Tetap AMK dan Fasal 37.12 Perlembagaan PKR dibaca bersama Fasal 32.4.

Haqimi yang pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Rafizi sewaktu di Kementerian Ekonomi, berkata beliau memilih menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan permohonan keahlian dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Related Posts

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

AYER KEROH – PKR  kekal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh gerak kerja jentera dan memperbaiki parti, tanpa terheret dengan perkembangan membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP