Audio, video di mahkamah perlihat kemesraan hubungan Zara dengan ibu

KOTA KINABALU – Sebanyak tiga audio perbualan telefon dimainkan di Mahkamah Koroner hari ini memperlihatkan hubungan arwah Zara Qairina dengan ibunya, Noraidah Lamat, yang bukan sahaja mesra dan rapat, malah dilihat seperti sahabat baik.

Perkara itu disahkan sendiri oleh saksi ke-72 iaitu abang kepada Noraidah, Abu Bakar Lamat, 47, yang menyatakan beliau sering melihat kemesraan hubungan ibu dan anak tersebut, sama ada di rumah mahupun di luar, apabila mereka berbual dan berkomunikasi seperti rakan karib.

Peguam yang diwakili ibunya, Shahlan Jufri menyoal Abu Bakar, adakah audio yang dimainkan tersebut dilihat secara kebiasaannya Zara bercakap dengan ibunya.

Abu Bakar yang juga pak cik kepada arwah Zara berkata, sememangnya kebiasaan perbualan antara Noraidah dan Zara seperti itu kerana Zara memang seorang anak yang manja, periang, peramah dan sentiasa menceritakan hal-hal yang baharu kepada Zara.

“Hubungan Zara dengan ibunya sangat mesra ibarat kawan mesra dan satu-satunya anak tunggal dan teman serumah serta mereka amat rapat saling menyayangi antara satu dengan lain.

“Ibunya sentiasa menghubungi Zara dan begitu sebaliknya dengan bertanya khabar, sudah makan, sihat dan sebagainya,” katanya dalam prosiding inkues Zara Qairina yang memasuki hari ke-68 di Mahkamah Koroner, di sini pada Rabu.

Selain itu, mahkamah turut menayangkan video Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 keluarga mereka yang memperlihatkan suasana penuh ceria bersama adik-beradik, anak-anak serta saudara-mara, termasuk momen bermaaf-maafan sesama ahli keluarga di kediaman Noraidah.

Shahlan turut menyoal saksi sama ada Zara seorang yang ceria, periang dan rapat dengan ibunya seperti sahabat baik, serta sama ada sikapnya dalam video yang ditayangkan di mahkamah mencerminkan karakter sebenar mqangsa.

“Ya, memang karakter Zara seperti kebiasaannya dalam video tersebut dan mungkin lebih lagi dari itu kemesraannya dengan maknya,” kata Abu Bakar.

Tambah Shahlan, beliau turut meminta Abu menjelaskan dengan lebih lanjut maksud kenyataan ‘mungkin lebih lagi’ yang disebutkan sebelum itu.

Jelas Abu Bakar, mungkin lebih mesra daripada yang ada di video tersebut apabila makan bersama, berjalan, pergi ke mana-mana dan hubungan mereka memang rapat sebagai emak dan anak dan sebagai kawan dan sahabat.

Sebagai rekod, audio dan video yang dimainkan di Mahkamah Koroner hari ini merupakan daripada telefon bimbit Zara.

Related Posts

Johor kini barometer politik negara, PKR negeri sedia hadapi segala kemungkinan PRN

TEBRAU – Johor kini semakin dilihat sebagai barometer politik negara apabila negeri itu terus menjadi tumpuan pelbagai parti politik yang mahu mengukur kekuatan serta sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim

Johor kini barometer politik negara, PKR negeri sedia hadapi segala kemungkinan PRN

Johor kini barometer politik negara, PKR negeri sedia hadapi segala kemungkinan PRN

Kakitangan FGV Agri Services terima bantuan BN Pahang

Kakitangan FGV Agri Services terima bantuan BN Pahang

Himpunan aman bantah UEC ke IPTA akan dilaksana dalam tempoh terdekat

Himpunan aman bantah UEC ke IPTA akan dilaksana dalam tempoh terdekat

Sidang media bantah UEC ke IPTA bertukar pentas ‘kafirkan’ kaum Cina

Sidang media bantah UEC ke IPTA bertukar pentas ‘kafirkan’ kaum Cina