PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

KUALA TERENGGANU – Kemunculan parti baharu yang diasaskan Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan tidak memberi impak besar terhadap kekuatan PKR di negeri Terengganu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu, Zainuddin Awang @ Omar berkata, struktur dan gerak kerja parti di peringkat negeri kekal stabil serta terus mendapat sokongan daripada pimpinan dan akar umbi.

Menurut beliau, majoriti pimpinan cabang dan anggota parti di Terengganu masih teguh bersama kepimpinan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PKR Terengganu kekal utuh dan terus berdiri teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden parti. Fokus utama kami ketika ini ialah memperkukuh organisasi dan memperkemaskan gerak kerja parti di semua peringkat,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman penubuhan parti baharu oleh Rafizi yang kebelakangan ini menjadi perhatian landskap politik nasional.

Mengulas lanjut, Zainuddin menegaskan bahawa PKR Terengganu tidak mahu terheret dengan polemik politik yang boleh mengganggu usaha memperkasakan parti serta mendekati rakyat.

Sebaliknya, katanya, kepimpinan negeri memilih untuk memberi tumpuan kepada agenda memperkukuh akar umbi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kita sedang mempergiat gerak kerja di peringkat cabang dan ranting termasuk memperluas program bersama rakyat, memperkemas jentera serta memperkukuh kesatuan dalam parti.

“Keutamaan kita ialah memastikan PKR terus relevan dan diyakini rakyat khususnya di Terengganu menjelang PRU16,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh anggota parti agar terus mengekalkan semangat kebersamaan dan memberi tumpuan kepada agenda membela rakyat serta memperjuangkan kestabilan politik negara.

Katanya, kestabilan parti dan kerajaan hari ini penting bagi memastikan pelbagai agenda pembangunan serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula