UCYP anjur Tiny Heroes, pendekatan tangani kanak-kanak berkeperluan khas

KUANTAN – Kira-kira 200 pelajar Ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Umum UCYP University mendekati kanak-kanak bekeperluan khas menerusi program Tiny Heroes Journey 2026 di kampus utama UCYP University, di sini, semalam.

Program itu menghimpunkan lebih 100 kanak-kanak – termasuk kanak-kanak berkeperluan khas – menerusi pelbagai aktiviti interaktif seperti sensory play, hand painting, freeze dance dan walk the line bagi merangsang perkembangan fizikal, sosial dan emosi peserta.

Ahli Lembaga Pengelola UCYP University, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, program berkenaan penting dalam membantu pelajar memahami situasi sebenar ketika berhadapan dengan ibu bapa dan kanak-kanak berkeperluan khas, sesuatu yang tidak dapat dipelajari sepenuhnya menerusi teori di dalam kelas.

“Pengalaman secara langsung itu lebih bernilai dalam membentuk keyakinan dan kemahiran pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

“Kalau belajar daripada buku, ia hanya pengetahuan, tetapi praktikal belum dilalui. Program seperti ini dapat melatih pelajar menghadapi masyarakat sebenar termasuk ibu bapa dan kanak-kanak berkeperluan khas,” katanya selepas merasmikan majlis penutup program berkenaan.

Wakil pelajar, Muhammad Zul Azhan Mad Reduan berkata, pengisian aktiviti sepanjang program berkenaan dapat memberi pendedahan kepada pelajar mendekati kanak-kanak, terutama yang bekeperluan khas bersama ibu bapa mereka.

“Ramai terlepas pandang dengan beranggapan bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini senang… tetapi sebenarnya tanggapan itu kurang tepat.

“Belajar dalam bidang mempunyai cabaran seperti ini memerlukan kesabaran tinggi terutama dalam menghadapi kanak-kanak berkeperluan khas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Wakil ibu bapa, Sofinaz Abdul Sabian, 46, pula berpandangan, keluarga yang memiliki anak bekeperluan khas perlu melihat pendidikan awal kumpulan istimewa ini perlu diberi keutamaan.

“Intervensi awal sangat-sangat penting antaranya seperti terapi al-Quran dan terapi berkuda atau sebagainya dan saya lihat di sini banyak mereka buat. Itu sangat bagus,” katanya yang mempunyai dua anak autisme.

Related Posts

Ejen hartanah tikam kenalan wanita ditahan reman 7 hari

ALOR SETAR – Ejen hartanah yang menjadi suspek kes tikam kenalan wanita di dalam kereta di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini malam tadi ditahan ketika bersembunyi di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL keluarkan 9 kompaun dalam Op Korekan Jalan Awam

Oleh: Raihana Ali KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sembilan notis kompaun terhadap kontraktor pembinaan menerusi Operasi Korekan Jalan Awam Siri 8/2026 yang dilaksanakan di beberapa lokasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia hilang hasil RM11.5 bilion akibat rokok, vape seludup

Malaysia hilang hasil RM11.5 bilion akibat rokok, vape seludup

Ejen hartanah tikam kenalan wanita ditahan reman 7 hari

Ejen hartanah tikam kenalan wanita ditahan reman 7 hari

Kita baik, tetapi kita tidak bodoh! – Aiman Athirah

Kita baik, tetapi kita tidak bodoh! – Aiman Athirah

DBKL keluarkan 9 kompaun dalam Op Korekan Jalan Awam

DBKL keluarkan 9 kompaun dalam Op Korekan Jalan Awam

Asyraf Wajdi bengang netizen pandang ‘cikai’ terhadap pelajar tahfiz