Peruntukan RM896,000 MRP fasa 1 perkasa pembangunan komuniti di DUN Ngemah

KANOWIT – Sebanyak RM896,000 diperuntukkan menerusi penyaluran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1 Tahun 2026 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah dalam usaha memperkukuh pembangunan komuniti serta membantu pelbagai institusi dan pertubuhan di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, pelaksanaan MRP di kawasan tersebut dilaksanakan secara berfasa dan setakat ini sebanyak sembilan fasa telah disalurkan bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek MRP Fasa 1 Tahun 2026 di Dewan Pejabat Daerah Kanowit pada Sabtu.

Menurut beliau, setiap permohonan akan dikumpulkan dalam tempoh enam bulan sebelum dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses. Katanya, proses kelulusan MRP mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur dan peringkat tertentu, justeru masyarakat diminta memahami tatacara pelaksanaan bantuan berkenaan.

Beliau berkata peruntukan MRP Fasa 1 kali ini melibatkan penerima daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), sekolah, persatuan serta kelab di sekitar kawasan Ngemah. Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan masyarakat memahami konsep Malaysia MADANI khususnya dalam pelaksanaan dan permohonan bantuan kerajaan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bantuan MRP bukan sahaja disalurkan kepada sekolah di kawasan Kanowit, malah turut diberikan kepada beberapa sekolah di Sibujaya, Kapit dan Selangau berikutan terdapat pelajar asal Kanowit yang menuntut di institusi berkenaan. Menurutnya, bantuan tersebut diharap dapat menyokong pembangunan sekolah secara berterusan.

Anyi turut memaklumkan bahawa ketika pertemuan bersama Premier Sarawak, beliau telah merakamkan penghargaan atas kenaikan elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), selain memohon agar individu yang memenuhi syarat dapat dipertimbangkan bagi pelantikan Tuai Rumah (TR). Beliau turut berkongsi nasihat yang disampaikan oleh Datuk Douglas Uggah Embas agar masyarakat terus mengamalkan semangat “Segulai Sejalai” demi memastikan perpaduan dan kekuatan komuniti sentiasa kukuh.

Beliau berharap masyarakat terus berganding bahu dalam setiap usaha pembangunan komuniti selain menyifatkan penganjuran Karnival Kebudayaan Kanowit (KCF) sebagai program yang berjaya dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat luar.

Turut hadir Pegawai Daerah Kanowit, Cerisologo Sabut; Penolong Pegawai Tadbir, Harmon Gilbert Sinju; pemancha, penghulu, ahli majlis serta wakil jabatan kerajaan.

Related Posts

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis. Pengarah JAIS, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

TEMERLOH – Seramai 14 individu ditahan manakala 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu besar-besaran di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, malam tadi. Operasi yang dijalankan dari jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis