Naik taraf jeti nelayan, antara pembangunan diingati rakyat Pulau Pangkor

MANJUNG — Naik taraf jeti nelayan di Kampung Teluk Kecil menjadi antara legasi pembangunan paling diingati masyarakat pesisir pantai di Pulau Pangkor, di sini, hasil usaha Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sepanjang beliau berkhidmat di kawasan itu.

Walaupun pernah tewas dua kali dalam pilihan raya Parlimen Lumut, anak jati Pulau Pangkor yang mesra disapa Doc Zam itu terus dikenang sebagai tokoh yang banyak membawa pembangunan dan perubahan kepada Daerah Manjung serta Pulau Pangkor.

Seorang nelayan tempatan, Yusof Ghazali berkata, projek menaik taraf jeti di Kampung Teluk Kecil memberi manfaat besar kepada komuniti nelayan dan penduduk setempat.

“Dulu keadaan jeti agak kurang selesa, tetapi selepas dinaik taraf ia banyak memudahkan urusan nelayan dan orang kampung di sini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Ujarnya, golongan nelayan antara komuniti yang diberi perhatian serius oleh Zambry sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor dari tahun 2004 hingga 2022.

“Pelbagai bantuan disalurkan termasuk bantuan sampan, enjin bot, pukat serta baik pulih rumah nelayan bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat pesisir pantai di Pangkor dan kawasan sekitar,” ujar Yusof.

Selain itu, projek penempatan semula nelayan di Teluk Baharu dan Pasir Bogak yang melibatkan kira-kira 180 unit rumah turut dilaksanakan bagi menyediakan penempatan lebih selesa dan tersusun kepada keluarga nelayan.

Pulau Pangkor juga menerima pelbagai pembangunan infrastruktur termasuk penambahbaikan jalan raya, kemudahan awam dan fasiliti pelancongan yang membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Dalam aspek pendidikan dan pembangunan insan pula, pembinaan Maahad Tahfiz Al Bayt menjadi antara inisiatif penting yang memberi peluang pendidikan kepada anak-anak keluarga B40 selain melahirkan generasi muda yang seimbang dari sudut akademik dan agama.

Bagi komuniti pertahanan di Lumut, peruntukan menaik taraf Masjid An Nur TLDM serta pembinaan dewan di SMK Pangkalan TLDM turut menjadi antara sumbangan penting dalam memperkukuhkan kemudahan komuniti setempat.

Menurut Zambry, walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai wakil rakyat, perkara paling penting adalah terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Walaupun bukan lagi wakil rakyat, tetapi paling mustahak adalah kita memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya yang juga Menteri Pengajian Tinggi.

Foto: FB Zambry Abd Kadir

Related Posts

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

IPOH – Permohonan peruntukan khas akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan mitigasi banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

KUNAK – Pemimpin akar umbi berperanan sebagai jambatan utama dalam menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat di samping menjadi suara masyarakat dalam menyuarakan keperluan dan isu setempat. Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri