Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, RON97 diturunkan 20 sen kepada RM4.70 seliter berbanding RM4.90 sebelum ini.

RON95 tanpa subsidi pula turun 15 sen kepada RM3.87 seliter daripada RM4.02, manakala diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan 30 sen kepada RM4.87 seliter berbanding RM5.17 sebelum ini.

Menurut MoF, walaupun berlaku penurunan, harga bahan api masih kekal tinggi berbanding paras sebelum konflik di Timur Tengah.

Katanya, keadaan itu turut dipengaruhi peningkatan kos logistik dan insurans berikutan risiko keselamatan yang meningkat di kawasan konflik, selain kebimbangan terhadap gangguan bekalan di laluan perkapalan utama seperti Selat Hormuz.

“Harga minyak mentah masih berada sekitar AS$100 setong, berbanding kira-kira AS$60 hingga AS$70 setong sebelum konflik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, harga minyak mentah Brent sebagai penanda aras global berada pada sekitar US$107.23 setong ketika ini.

Kerajaan turut mengekalkan pelaksanaan subsidi bersasar bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta memastikan kestabilan bekalan bahan api negara.

Harga RON95 bersubsidi (BUDI95) dan diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal masing-masing pada RM1.99 seliter, manakala sistem kawalan petrol bersubsidi (SKPS) dan sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) dikekalkan pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Untuk menyeimbangkan kos sara hidup dengan pengurusan fiskal yang berhemat, kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berperingkat bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api yang mencukupi dan terjamin.” kata kementerian itu.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi