MTEN: PM arah kementerian selaras bantuan golongan rentan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian menyelaras semula inisiatif, usaha dan bantuan supaya benar-benar sampai kepada kumpulan sasar, khususnya golongan miskin serta rentan yang terkesan akibat tekanan ekonomi semasa.

Perdana Menteri berkata, langkah itu penting susulan kebimbangan terhadap impak krisis global yang semakin memberi tekanan kepada harga barangan keperluan harian.

“Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan terus memberi fokus utama kepada usaha menjamin kelangsungan bekalan serta melindungi rakyat, khususnya golongan rentan dan peniaga kecil agar mereka tidak terus terbeban akibat kejutan ekonomi global,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam mesyuarat MTEN yang dipengerusikannya hari ini, beberapa cadangan serta inisiatif penting diteliti bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan ekonomi negara sepanjang berdepan krisis bekalan global.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, antara perkara dibincangkan ialah cadangan pengurangan kadar sewa premis di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, lebih banyak PBT di seluruh negara perlu melaksanakan pendekatan itu bagi membantu mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang berdepan peningkatan kos operasi.

“Kerajaan MADANI sudah memulakan pengurangan kadar sewa premis penjaja dan peniaga menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Pendekatan ihsan ini wajar dicontohi oleh PBT lain di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan kecil dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar,” katanya.

Dalam mesyuarat sama, beliau berkata, kerajaan turut meneliti pelbagai langkah strategik bagi mendepani ketidaktentuan global serta kesan peningkatan kos sara hidup.

Antara langkah yang dibincangkan termasuk pembangunan Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan Global selain cadangan penambahbaikan dasar berkaitan bekalan dan harga barangan.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi