Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

SEPANGGAR – Perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah perlu terus diperkukuhkan sebagai asas kestabilan negeri terutama ketika negara berdepan cabaran ekonomi global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, rakyat Sabah mempunyai keunikan tersendiri apabila mampu mengetepikan perbezaan politik, kaum dan agama demi meraikan kebersamaan.

“Kematangan politik amat penting dengan semua pihak perlu kembali bersatu selepas tamat pilihan raya demi memastikan pembangunan negeri dan negara dapat diteruskan,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Karambunai 2026 di Dewan Pavilion KKIP, di sini pada Ahad.

Menurut Mustapha, tema tahun ini iaitu ‘Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian’ atau ‘Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan’ amat signifikan kerana bukan sahaja merangkumi masyarakat Kadazan Dusun, malah seluruh kaum dan agama.

Beliau turut memuji usaha KDCA dalam menginstitusikan tradisi dan budaya masyarakat Kadazan Dusun termasuk dari aspek pakaian, makanan dan bahasa sehingga menjadi contoh kepada etnik lain di Sabah.

Katanya, beliau yang juga sebagai pemimpin Bajau Samah berasa cemburu dengan KDCA yang telah membawa jauh ke hadapan dari sudut menginstitusikan tradisi mereka.

“Dari segi pakaian, makanan dan bahasa kami masih lagi mencuba walaupun kami sudah ada ‘Ratu Serimpak’ seperti Unduk Ngadau, tetapi KDCA telah dapat menginstitusikan, Itu yang penting sebenarnya.

“Jadi itu yang ramai yang ingin menjadikan KDCA sebagai contoh, bagaimana kita cuba juga mengangkat tradisi kebudayaan kita seperti yang diperjuangkan oleh KDCA terutama dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, Parlimen Sepanggar komited melaksanakan pelbagai program berasaskan pendidikan bagi membantu anak-anak melanjutkan pelajaran dan memberi motivasi kepada generasi muda.

Tambahnya, penganjuran pesta itu juga membuka peluang kepada peniaga kecil menjana pendapatan selain membantu masyarakat melalui pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI yang mendapat sambutan menggalakkan.

Sementara itu, Timbalan Presiden KDCA Pusat, Datuk Ir John Anthony berkata, Pesta Kaamatan merupakan ‘ibu segala perayaan’ yang melambangkan semangat pengorbanan, perpaduan dan penyatuan rumpun Kadazan Dusun.

Jelas John, KDCA terus memainkan peranan memayungi 48 subetnik menerusi pelbagai program seperti Unduk Ngadau dan Sugandoi yang turut menarik kehadiran pelancong ke Sabah, selain menyeru golongan muda menguasai bahasa ibunda dan adat tradisi.

Terdahulu, Pertandingan Sodop Unduk Ngadau dan Grand Final Randawi Tavantang telah diadakan pada 3 Mei lalu dan hari ini merupakan kemuncak bagi pertandingan Unduk Ngadau.

Related Posts

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kadar baharu air di negeri ini bermula 1 Julai depan, dengan kenaikan tarif air 8.5 peratus bagi pengguna domestik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

MARANG – Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian