Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

KUCHING  Beberapa mercu tanda utama di sekitar bandar raya ini bakal diterangi cahaya merah pada malam Jumaat sebagai simbolik solidariti terhadap pesakit talasemia sempena Hari Talasemia Antarabangsa.

Majlis pencahayaan khas itu dijadual bermula pada jam 7.30 malam dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bakal menjadi tumpuan utama yang akan disinari warna merah.

Turut serta menyokong inisiatif tersebut ialah Jambatan Gantung Satok dan Jambatan Darul Hana yang menyertainya buat tahun kedua berturut-turut bagi memperkukuh mesej kesedaran di seluruh bandar raya ini.

Pelaksanaan program berkenaan mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk Grit Event Management yang banyak membantu dari aspek penyelarasan dan komunikasi.

Selain itu, Pejabat DUN Sarawak memainkan peranan penting melalui kerjasama erat menjayakan inisiatif berkenaan bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang terus komited memastikan penyertaan Jambatan Darul Hana.

Untuk rekod, Hari Talasemia Antarabangsa disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran global berhubung penyakit itu, selain menggalakkan kemajuan penyelidikan serta rawatan kepada pesakit.

Talasemia merupakan penyakit darah genetik yang menjejaskan keupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin normal, sekali gus berisiko menyebabkan penyakit anemia, keletihan serta kelewatan perkembangan.

Golongan pesakit ini kebiasaannya memerlukan pemindahan darah sepanjang hayat dan berdepan risiko komplikasi seperti lebihan zat besi jika tidak dirawat dengan teliti.

Dalam pada itu, Persatuan Talasemia Sarawak yang ditubuhkan sejak 1995 terus proaktif memperjuangkan nasib pesakit dengan menyediakan sokongan berterusan kepada mereka dan ahli keluarga, selain giat meningkatkan kesedaran awam.

Inisiatif pencahayaan ini bukan sekadar lambang sokongan, malah ia merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh penglibatan komuniti untuk advokasi pencegahan penyakit berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama menyaksikan acara penuh bermakna ini sebagai tanda keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang terjejas.

Related Posts

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an