Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

KOTA KINABALU – Sambutan Kaamatan amat penting dalam memelihara, memperkukuh dan memartabatkan warisan budaya masyarakat yang ada di negeri Sabah, khususnya kepada generasi muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, majlis itu bukan sekadar pertandingan tetapi membawa makna yang mendalam sebagai simbol penghormatan kepada legenda Huminodun.

“Ia membawa kepada lambang pengorbanan, keindahan dan ketabahan wanita dalam budaya kita.  
Begitu juga dengan Randawi Tavantang yang mencerminkan semangat kebersamaan, keharmonian dan identiti Masyarakat,” katanya.

Beliau ketika demikian ketika merasmikan Sodop Unduk Ngadau dan Grand Finale Randawi Tavantang Kaamatan Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Karambunai 2026 di SICC, di sini pada Ahad. 

Jelasnya, beliau teruja melihat penglibatan aktif para belia dan komuniti dalam menjayakan acara ini yang sekali gus membuktikan warisan budaya terus hidup dan relevan serta menjadi asas  perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri Sabah.

Katanya lagi, kerajaan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pemeliharaan budaya dan pembangunan komuniti selaras dengan aspirasi untuk memastikan kesejahteraan rakyat Sabah dan Sarawak terus diperkasa. 

“Program seperti ini bukan sahaja memupuk semangat kekitaan, malah turut menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi setempat,” tambahnya. 

Dalam majlis tersebut turut disampaikan cek cura kepada Pusat Jagaan Rumah Bukit Harapan dan Franciscan Sister of The Immaculate Conception (FSIC) untuk menampung perbelanjaan operasi dan dana pendidikan kanak-kanak.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan