Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussain berkata, serbuan pukul 4.40 petang itu dijalankan sepasukan Task Force Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek berumur 50 tahun itu gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit bagi memiliki kira-kira 300 liter minyak diesel bersubsidi.

“Pemeriksaan lanjut pada kenderaannya turut menemui sebuah tangki minyak jenis fiber yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyimpan bahan api berkenaan, “katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,445 membabitkan kenderaan, minyak diesel dan peralatan.

Sementara itu, KPDN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, KPDN Tawau telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tindakan lanjut.

KPDN menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan serta memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

Foto : IPD Tawau

Related Posts

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

KOTA KINABALU – Empat projek menaik taraf jalan di kawasan Parlimen Sepanggar yang telah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi disasarkan dapat disiapkan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya