Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

PUTRAJAYA – Pengambilan doktor dan jururawat baharu akan tetap diteruskan meskipun kerajaan melaksanakan langkah penyelarasan perbelanjaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, terdapat salah tafsir berhubung cadangan penyusunan semula bajet yang dilihat seolah-olah menjejaskan sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.

“Saya nak jelaskan pengambilan doktor baharu, jururawat itu tak terjejas, tak terkesan. Pembinaan klinik tak terkesan, cuma skop hospital yang mewah itu kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak RM5.4 bilion melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi sebagai langkah memperkukuh kedudukan fiskal negara.

Cadangan itu dibuat berikutan keperluan menilai semula perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi yang memberi tekanan kepada kewangan negara.

Menurut laporan, pengurangan berkenaan melibatkan perbelanjaan operasi kementerian terlibat, namun kerajaan memberi jaminan bahawa perkhidmatan asas tidak akan terjejas.

Dalam sektor pendidikan, beliau berkata, pembinaan sekolah dan kelas baharu bagi menampung pertambahan pelajar akan diteruskan seperti dirancang.

“Sekolah untuk kepentingan pendidikan, pembinaan kelas-kelas baharu untuk kemasukan pelajar sekarang tidak terjejas,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa penyelarasan perbelanjaan itu memberi tumpuan kepada pengurangan kos tidak kritikal, termasuk penganjuran kursus dan majlis secara berlebihan.

“Perbelanjaan besar-besar bagi kursus berlebih sangat… kalau kursus ada dalam negara, hantar dalam negara, tidak di luar negara.

“Majlis-majlis di hotel mewah dihentikan, dibuat di kementerian,” katanya.

Related Posts

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti dan menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar, bukannya saling menuding jari susulan beberapa tragedi keselamatan di sekolah, termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu