Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak agar tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan berkait isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

MCMC berkata, kandungan itu khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau boleh mencetuskan ketegangan awam.

“Kami memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan platform dalam talian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan salah faham atau permusuhan, ” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Tambahnya, MCMC akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan untuk memantau, menyiasat serta mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.

“Pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda hingga RM500,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Kami akan turut mengambil tindakan terhadap penyedia platform yang tidak memberi kerjasama dan mengingatkan mereka supaya mematuhi undang-undang serta mencegah penyalahgunaan perkhidmatan,” katanya.

Related Posts

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

NIBONG TEBAL – Pelajar Tingkatan Enam bakal menikmati Elaun Sara Hidup berjumlah RM2,500 bermula tahun depan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, elaun di bawah Belanjawan 2027 itu akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket scam warga China guna homestay tumpas

PUTRAJAYA – Taktik sindiket penipuan warga China menyewa inap desa sebagai pusat panggilan dan sarang operasi haram terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA