Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

KANOWIT – Inisiatif Sarawak menyediakan akses pendidikan tinggi percuma di semua universiti milik kerajaan negeri perlu dijadikan pemangkin semangat buat pelajar untuk mengejar kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, peluang keemasan itu sekali gus bakal membuka lebih banyak ruang kepada anak-anak Sarawak untuk mengubah nasib dan masa depan keluarga mereka.

Menurutnya, selain tumpuan penuh terhadap akademik, pelajar juga dituntut untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum bagi membentuk sahsiah, disiplin serta nilai kepimpinan yang tinggi.

“Kita mahu melahirkan pelajar yang holistik. Kecemerlangan akademik semata-mata tidak memadai tanpa penerapan nilai kepimpinan dan disiplin yang biasanya dipupuk di padang sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sukan Mengikut Tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya pada Rabu.

Pada majlis tersebut, Anyi turut mengumumkan sumbangan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada SMK Sedaya.

Jelas beliau, peruntukan itu bertujuan untuk memperkukuh pengurusan sekolah selain menyokong pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan pembangunan pelajar secara berterusan.

Dalam pada itu, Anyi turut memuji pencapaian cemerlang SMK Sedaya yang berjaya merekodkan kadar kelulusan 99.22 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Tambah beliau, kejayaan tersebut membuktikan bahawa sekolah luar bandar juga mampu melahirkan pelajar berprestasi tinggi yang setanding dengan institusi pendidikan lain.

“Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengekalkan kecemerlangan demi melahirkan generasi masa depan Sarawak yang berkualiti,” ujarnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM