Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

KUANTAN – Pihak Zoo Taiping & Night Safari digesa mengambil tindakan segera dengan membawa pulang tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, gajah tersebut perlu dibawa pulang dan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh yang lebih sesuai dengan habitat dan keperluan semula jadi haiwan terbabit.

Menurutnya, berdasarkan gesaan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana gajah tersebut adalah sebahagian daripada khazanah biodiversiti negara.

“Saya mengambil maklum dan mengikuti perkembangan Dara, Amoi dan Kelat justeru dalam isu ini, sebaiknya dan tempat paling wajar bagi mereka adalah kembali ke bumi sendiri,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy berkata, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah mempunyai kepakaran serta persekitaran lebih kondusif untuk pemuliharaan dan penjagaan gajah, khususnya dari segi interaksi sosial, ruang pergerakan dan kesejahteraan psikologi haiwan.

“Kita bertanggungjawab memastikan setiap khazanah negara dipelihara dengan sebaiknya,” ujarnya.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menegaskan cadangan untuk mengembalikan Dara, Amoi dan Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius oleh Zoo Taiping & Night Safari dengan mengambil kira kepentingan awam serta sensitiviti semasa.

Foto: FB Mazlan Zonan

Related Posts

Ahli Parlimen Miri salur RM10,000 sokong penganjuran MSSB di SMK Pujut

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima peruntukan sebanyak RM10,000 daripada Ahli Parlimen Miri bagi menyokong pembangunan pendidikan dan aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan pada Jumaat. Sumbangan daripada Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 8.15 juta batang rokok putih disyaki tidak berkastam bernilai keseluruhan RM9.14 juta termasuk duti selepas memeriksa sebuah kontena di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ahli Parlimen Miri salur RM10,000 sokong penganjuran MSSB di SMK Pujut

Ahli Parlimen Miri salur RM10,000 sokong penganjuran MSSB di SMK Pujut

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

Kartun antara saluran terbaik rakyat fahami Malaysia MADANI secara santai – Zunar

Kartun antara saluran terbaik rakyat fahami Malaysia MADANI secara santai – Zunar

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’