Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk membentangkan semula Belanjawan 2026 di Parlimen walaupun negara ketika ini berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Jurucakap Kerajaan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, semua kementerian telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) supaya melakukan semakan semula terhadap perbelanjaan operasi masing-masing.

“Setiap kementerian sudah menerima pemakluman daripada Kementerian Kewangan mengenai sedikit penyelarasan dari segi perbelanjaan operasi.

“Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyelaraskan aktiviti program dan juga pelaksanaan bagi aktiviti tertentu dalam keadaan Malaysia berdepan dengan cabaran akibat daripada krisis bekalan global.

“Panduan juga sudah diberikan namun perincian akan disusuli antara ketua setiausaha di setiap kementerian bersama dengan Ketua Setiausaha Negara , Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,” katanya dalam sidang media mingguan, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan semua program rasmi, bengkel serta aktiviti berskala besar melibatkan kementerian, agensi, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan kerajaan (GLC/GLIC) perlu dilaksanakan pada skala sederhana.

Mengulas mengenai bekalan minyak mentah negara, Fahmi berkata, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memaklumkan keadaan bekalan ketika ini berada pada tahap memuaskan.

“Apa yang dimaklumkan dalam mesyuarat berkenaan, bekalan terutama untuk pihak Petronas berada pada kadar memuaskan bagi bulan Mei dan Jun. Insya-Allah tidak ada masalah.

“Tapi dalam masa sama, pihak MTEN meneliti dan sangat prihatin mengenai isu harga global, sama ada minyak mentah ataupun produk-produk seperti RON95 dan juga diesel akan menerima akibat daripada status Selat Hormuz yang terus ditutup pada waktu ini.

“Jadi beberapa langkah dan ikhtiar di pihak kerajaan berkait BUDI95, BUDI Diesel, BUDI Individu, akan diselaras dan perkara ini masih dalam penelitian,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dua kapal yang dilaporkan disekat di Selat Hormuz dalam perjalanan pulang ke Malaysia, beliau berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu mengenai perkara tersebut.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri