MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan dengan kandungan berunsur 3R (kaum, agama, dan raja).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan turut meneliti kemungkinan penggunaan akaun palsu dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, seorang lelaki telah dirakam percakapan oleh MCMC bagi membantu siasatan, namun individu berkenaan menafikan sebarang penglibatan dalam memuat naik kandungan yang didakwa menghina Sultan Selangor seperti yang tular sebelum ini.

“Pada waktu ini, MCMC sedang bekerjasama dengan Meta serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan analisis forensik digital bagi mengesahkan beberapa perkara dibangkitkan termasuk penafian oleh individu terbabit.

“Antara perkara yang sedang dalam penelitian adalah sama ada wujud elemen akaun palsu atau elemen ejen provokator yang sengaja menghasilkan, mewujudkan akaun yang palsu untuk memuat naik kandungan untuk menimbulkan amarah umum,” katanya dalam sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti pemilik atau pentadbir akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Huayan The Pureland Learning Centre’ berhubung penyebaran gambar yang didakwa menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan