Industri akuakultur serlah potensi jadi sandaran keterjaminan makanan negara

PONTIAN – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, turun padang meninjau perkembangan industri akuakultur di Pekan Nenas, Pontian dengan melawat operasi ternakan ikan milik AR Aqua Farming.

Lawatan tersebut memberi gambaran jelas terhadap potensi besar sektor akuakultur negeri Johor yang semakin berkembang, khususnya dalam pengeluaran ikan hiasan bernilai tinggi seperti arowana emas dan merah.

Menurut beliau, usaha gigih pengusaha tempatan seperti Abdul Razak yang telah mengusahakan projek tersebut sejak 2001 wajar dijadikan contoh dalam memperkukuh industri makanan negara.

“Ini bukan projek kecil. Kawasannya lengkap dengan hatcheri, kolam arowana dan kolam air tawar berskala besar. Malah, syarikat ini juga merupakan antara pembekal utama ikan keli dan patin untuk pasaran borong di sekitar Johor,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengambil maklum pelbagai cabaran yang dihadapi pengusaha termasuk isu fasiliti, ancaman haiwan liar seperti memerang, serta kesan bencana banjir yang boleh menjejaskan stok induk arowana.

Tambahnya, penggunaan teknologi moden seperti sistem tenaga solar dan pam air yang lebih efisien perlu diberi perhatian bagi membantu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan daya tahan industri.

“Sektor akuakultur ini sebenarnya sangat luar biasa potensinya. Tahun lalu sahaja, pengeluaran mencecah hampir 29 ribu tan metrik dengan nilai lebih RM796 juta,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh sokongan kepada pengusaha tempatan bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan negara serta memperkasa ekonomi rakyat.

“Kita bukan sahaja mahu bekalan makanan sentiasa mencukupi, tetapi juga mahu ekonomi rakyat terus berkembang melalui sektor ini,” ujarnya.

Lawatan tersebut mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan industri akuakultur negara terus berkembang mampan dan berdaya saing di peringkat lebih tinggi.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai