MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak dan Sabah untuk menuntut semula peruntukan 35 peratus (satu pertiga) kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih di peringkat perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan belum mencapai keputusan muktamad.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, perkara tersebut merupakan antara agenda penting yang terus diperjuangkan menerusi platform rundingan rasmi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menegaskan, rundingan mendapatkan semula hak dan kelompongan yang berlaku pada masa lalu kini sedang giat diusahakan secara berstruktur dan profesional menerusi pelbagai peringkat jawatankuasa.

Beliau berkata demikian ketika mengupas mengenai status hubungan Persekutuan-Negeri semasa sesi ‘Townhall: MA63 dan Hubungan Persekutuan’ bersempena Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.

Tuntutan 35 peratus wakil dari Borneo ini bukanlah satu permintaan baharu, sebaliknya ia adalah usaha untuk mengembalikan semangat asal MA63.

Semasa Malaysia dibentuk pada tahun 1963, komposisi kerusi Parlimen ditetapkan supaya Tanah Melayu tidak mempunyai majoriti dua pertiga.

Keseluruhan kerusi dari Sabah, Sarawak, dan Singapura bertindak sebagai pengimbang bagi memastikan tiada pindaan Perlembagaan yang boleh dibuat secara unilateral yang mungkin merugikan rakan sekutu pembentuk Malaysia.

Bagaimanapun, pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 telah mengubah landskap tersebut.

Kuota kerusi Parlimen yang ditinggalkan oleh Singapura tidak diagihkan secara adil kepada Sabah dan Sarawak, sebaliknya lebih banyak kerusi ditambah dan diserap ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia selama bertahun-tahun.

Keadaan ini menyebabkan Semenanjung Malaysia kini menguasai lebih dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat, satu kelebihan yang bertentangan dengan jaminan keseimbangan kuasa yang termaktub dalam rundingan awal MA63.

Selain isu kerusi Parlimen, Sharifah Hasidah turut menegaskan Sarawak tidak akan berkompromi berhubung empat hak mutlak iaitu kawalan imigresen, hasil bumi dalam sempadan laut negeri, pelantar benua (continental shelf), dan autonomi melaksanakan undang-undang negeri.

Related Posts

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan politik yang diamalkannya selama ini bukan petanda kelemahan atau perubahan pendirian politik, sebaliknya merupakan strategi diplomasi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjadikan Rukun Negara sebagai pegangan hidup dan asas dalam memelihara perpaduan serta keharmonian negara. Seri Paduka bertitah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini