Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi.

Mangsa adalah warga Thailand, Mr Sa-Edin Samaae, 57, bersama enam rakan senegara menaiki van sewa singgah di hentian itu untuk ke tandas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sihat sejak dua minggu lalu bertolak dari Endau, Mersing, Johor kira-kira jam 9 malam semalam.

Menurutnya, mangsa berasal dari Pattani, Thailand dan bekerja sebagai nelayan di sebuah syarikat, dipercayai pitam dan terjatuh di hadapan tandas.

“Berdasarkan keterangan pemandu van yang dinaiki (saksi), mangsa mengadu tidak sihat ketika dalam perjalanan dan minta singgah di R&R itu untuk ke tandas.

“Semasa keluar dari tandas, saksi ternampak mangsa berdiri sambil memegang tiang batu sebelum rebah,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Ashari berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri diangkat dan dibaringkan di atas kerusi batu sementara menunggu bantuan perubatan.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan pasukan perubatan yang tiba bersama ambulans mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan mahu pulang ke Thailand kerana tidak sihat selepas kedua belah kakinya bengkak.

“Dia dikatakan tidak pernah mendapat rawatan lanjut sebaliknya hanya bergantung kepada ubat yang dibeli di farmasi sahaja,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan