Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks.

Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau di Facebook hari ini, beliau berkata, setiap langkah yang diambil kerajaan disusun secara terarah dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan negara kekal bersedia, berdaya tahan serta tidak terdedah kepada sebarang kejutan bekalan tenaga.

“Dalam keadaan geopolitik Asia Barat yang kian meruncing dan tidak menentu, kerajaan bertindak lebih awal dan berwaspada dengan mengukuhkan jaringan kerjasama bersama rakan yang diyakini seperti Oman demi memastikan kepentingan rakyat sentiasa dilindungi,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Pengerusi National Gas Company SAOG Oman, Sh Abdulla Suleiman Hamed Al Harthy, bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor tenaga.

“Langkah memperluas kerjasama perdagangan minyak dan gas asli cecair ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan strategik bagi memastikan rantaian bekalan tenaga negara kekal stabil, sekali gus mengelakkan tekanan kos yang boleh membebankan rakyat dan perniagaan,” kata Anwar.

Related Posts

Kestabilan ekonomi dan politik Anwar raih semula keyakinan dunia terhadap Malaysia

PUTRAJAYA – Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang inklusif melalui pengenalan kerangka Malaysia MADANI telah banyak mengubah perspektif negara luar serta masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia. Penganalisis ekonomi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

KEPUTUSAN Pas menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu telah mencetuskan pelbagai persoalan mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN). Apa yang lebih menarik perhatian pemerhati politik ialah sikap berdiam diri Pengerusi PN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis