Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu.

Ia membuka persoalan lebih besar iaitu sejauh mana integriti benar-benar menjadi asas dalam kepimpinan yang membawa imej agama?

Dalam politik, perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Namun, apabila kenyataan yang dibuat melangkaui batas sehingga dipertikaikan di mahkamah, ia bukan lagi soal retorik malah ia merupakan soal tanggungjawab.

Lebih berat lagi apabila individu tersebut memegang peranan dalam kepimpinan ulama di dalam Pas.

Zulkifli bukan sahaja merupakan seorang tuan guru, malah turut memegang jawatan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Malaysia.

Ulama bukan sekadar simbol. Mereka dianggap sebagai suara moral, pembimbing masyarakat, dan rujukan dalam membezakan kebenaran daripada kepalsuan.

Justeru, sebarang tindakan yang mencetuskan persoalan terhadap kredibiliti mereka akan memberi kesan langsung kepada keyakinan rakyat dan bukan sahaja terhadap individu, tetapi juga terhadap institusi yang diwakili.

Di sinilah letaknya masalah yang lebih besar. Apabila imej agama digunakan dalam politik, standard yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi, bukan sebaliknya.

Rakyat berhak mempersoalkan iaitu adakah prinsip yang dilaungkan selari dengan tindakan?

Atau sekadar retorik yang berubah mengikut kepentingan?

Namun, dalam menilai isu ini, masyarakat juga tidak boleh terjebak dalam generalisasi melulu.

Menilai satu kes tidak bermakna menghukum keseluruhan parti atau gerakan. Tetapi pada masa yang sama, organisasi seperti Pas tidak boleh berdiam diri jika integriti kepimpinan mereka dipersoalkan.

Sikap berdiam diri hanya akan menambah persepsi negatif.
Lebih membimbangkan, apabila isu seperti ini berulang dalam landskap politik, ia mencipta satu normalisasi seolah-olah tuduhan melampau dan pertikaian undang-undang adalah sebahagian daripada permainan politik.

Jika ini dibiarkan, politik akan terus terjerumus ke tahap yang lebih rendah, dan rakyat menjadi mangsa kehilangannya kepercayaan.

Akhirnya, persoalan ini kembali kepada asas iaitu kepimpinan bukan tentang imej, tetapi tentang amanah.

Gelaran, pakaian, dan latar belakang agama tidak memberi kekebalan daripada tanggungjawab moral.

Bagi pengundi, inilah masanya untuk lebih tegas.

Prinsip tabayyun bukan sekadar slogan, tetapi kewajipan menilai, menyemak, dan membuat keputusan berdasarkan kebenaran, bukan sentimen.

Kerana pada akhirnya, yang dipertaruhkan bukan sekadar reputasi individu, tetapi maruah institusi, kepercayaan rakyat, dan masa depan politik negara.

Kekalahan Zulkifli itu menyebabkan beliau bersama media Harakah diarahkan membayar RM15,000 serta memohon maaf.

Ini secara tidak langsung menambahkan lagi koleksi ulama atau kepimpinan Pas dalam senarai mereka yang kalah dalam fitnah.

Memang benar seperti mana masyarakat hari ini menyatakan Pas dan fitnah kini berpisah tiada.

Adakah ulama seperti ini sesuai dikatakan sebagai pewaris nabi di akhir zaman?

Ulama Pas hari ini bukan sahaja untuk menyatukan ummah seperti yang dikehendaki oleh Islam tetapi lebih mengutamakan pecah belah hinggalah lahirnya pelbagai gelaran binatang seperti dilaungkan oleh Presiden Pas.

Penulis yakin hukuman yang dikenakan kepada Zulkifli itu bukannya titik noktah terakhir malah akan ramai lagi bilangannya selagi fitnah menjadi halal kepada Pas demi kuasa.

Adalah tidak keterlaluan penulis menyatakan pada hari ini, carta pemfitnah politik hari ini di Malaysia didahului oleh pemimpin Pas seramai 23 orang selepas dijatuhi hukuman dari mahkamah.

Persoalannya hari ini sanggupkah pengundi di Jasin menerima ulama seperti itu pada pilihan raya akan datang?

Akhir kata pengundi di seluruh Malaysia perlu tabayyun sebelum melantik pemimpin supaya tidak memalukan agama,bangsa dan negara.

Related Posts

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

ANAK kelahiran Terengganu terus mengharumkan nama negeri di pentas nasional apabila Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun sempena…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan politik yang diamalkannya selama ini bukan petanda kelemahan atau perubahan pendirian politik, sebaliknya merupakan strategi diplomasi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong