Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media sosial dikuatkuasakan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu bertujuan memberi penerangan, mendapatkan pandangan serta menangani kebimbangan pelbagai pihak, selain memastikan matlamat utama kerajaan untuk melindungi keselamatan kanak-kanak dan keluarga di alam maya dapat dicapai.

“Pihak MCMC mengadakan sesi libat urus berterusan dan saya percaya ramai lagi yang wajar dijemput untuk diberi taklimat serta didengar pandangan mereka.

“Hasrat kerajaan bukan untuk menyekat hak bersuara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, tetapi punca utama ikhtiar ini adalah untuk menjamin keselamatan mereka dan keluarga di Internet,” katanya selepas merasmikan Persidangan Datum bersempena Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2026 di The Linc KL, di sini pada Sabtu.

Fahmi menjelaskan terdapat salah faham berhubung pelaksanaan itu dengan menegaskan kanak-kanak masih boleh mengakses Internet dan platform media sosial, namun perlu berada di bawah pemantauan ibu bapa atau penjaga.

“Kita mahu sekat kanak-kanak bawah usia 16 tahun daripada membuka akaun sendiri, namun sekiranya ibu bapa yang membuka akaun tersebut dan memantau penggunaannya, perkara itu tidak menjadi masalah.

“Contohnya, aplikasi YouTube, mereka masih boleh menonton kandungan di sana. Kita cuma tidak mahu mereka mempunyai akaun peribadi yang membolehkan pemangsa seksual atau pedofilia menghubungi mereka secara terus,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu turut disokong pandangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang berkongsi kebimbangan terhadap risiko keselamatan kanak-kanak dalam persekitaran digital.

Katanya, beberapa kes jenayah siber serius turut menjadi perhatian termasuk kes di Sabah membabitkan mangsa berusia 15 tahun yang berkenalan dengan pemangsa melalui TikTok, serta kes buli siber yang mengorbankan nyawa seperti kes mendiang Rajeswary Appahu atau Esha.

Mengulas kemungkinan wujud bantahan, Fahmi berkata, beliau sedia mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak bagi mendapatkan pandangan serta cadangan alternatif.

“Saya sedia bertemu dengan mana-mana pihak dan telah mengarahkan pasukan di MCMC untuk mempertimbangkan aspek yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan nanti, namun keutamaan kami tetap kepada penyediaan ruang Internet yang selamat,” katanya.

Foto: Bernama

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan