Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah daripada dua kapal yang melepasi selat berkenaan sudah tiba, manakala satu sedang menghampiri perairan negara.

Beliau berkata, ketika ini, kerajaan sedang memantau keadaan lima lagi kapal yang belum melepasi Selat Hormuz.

“Satu dah sampai, satu hampir sampai, masuk dalam perairan Malaysia, dan maknanya (ada) dua, yang lain itu dengan keputusan terbaru walaupun dah lepas, tetapi kita masih pantau.

“Dari segi kelulusan memang Iran telah beri kelulusan kepada tujuh (kapal), tapi satu mempunyai masalah kerosakan tak boleh berlepas dari pelabuhan.

“Bagaimanapun  dengan keadaan terbaru ini kita ada hadapi masalah sedikit,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar menyangkal dakwaan kononnya Malaysia bercadang menjual minyak kepada negara lain, susulan kerajaan ketika ini memberi keutamaan kepada keperluan domestik.

Menurut beliau, Malaysia ketika ini memerlukan bahan tertentu seperti fosfat daripada rakan dagang termasuk Australia, manakala negara berkenaan pula memerlukan bekalan seperti urea dari negara ini.

“Isunya adalah keperluan bersama. Mereka perlukan urea, kita perlukan fosfat. Soal diesel pula, kita tidak mampu bekalkan kerana keutamaan adalah kepada rakyat. Jika ada lebihan, kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar turut mendedahkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Australia berhubung keperluan strategik kedua-dua negara selain menolak tohmahan tidak berasas berkaitan urus niaga minyak.

Di peringkat antarabangsa, beliau berkata, Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut menghubunginya bagi mengajak Malaysia menyertai sidang khas bersama United Kingdom bagi membincangkan isu keselamatan dan kebebasan laluan di Selat Hormuz.

“Bagaimanapun, Malaysia akan diwakili oleh Menteri Luar dalam sidang tersebut dengan pendirian negara kekal menyokong kebebasan laluan perairan antarabangsa.

“Pada masa sama, kita tidak boleh menafikan hak Iran serta mengambil kira kegelisahan terhadap tindakan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu. Malaysia kekal dengan pendirian bebas dan adil dalam isu ini,” katanya. 

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU