Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu melibatkan peruntukan RM4.06 bilion termasuk projek yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada 2016.

“Malam tadi saya telah menyerahkan surat penurunan kuasa bagi pelaksanaan projek bekalan air luar bandar untuk Sabah.

“Langkah ini diambil susulan pandangan Anwar Ibrahim selepas lawatan beliau ke Sabah dan Sarawak bagi memantau projek yang telah diluluskan tetapi berdepan pelbagai kekangan antaranya kelulusan jajaran baharu, spesifikasi mengikut lokasi, pelantikan perunding dan kontraktor serta isu tanah dan daerah yang lebih mudah diselesaikan di peringkat negeri.

“Kabinet juga bersetuju supaya pelaksanaan projek BALB di Sabah diserahkan kepada agensi pelaksana negeri.

“Pelaksanaan di Sabah akan digerakkan oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Air Negeri Sabah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kepada Kerajaan Negeri Sabah di Bilik Sompotn KPLB , di sini, pada Khamis.

Tambahnya, sebuah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi ‘High Level Committee’ turut ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan yang akan bermula minggu hadapan.

“Jawatankuasa itu melibatkan pegawai kementerian berkaitan, Setiausaha Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta agensi pelaksana negeri.

“Pelaksanaan mesti disegerakan dengan garis masa yang jelas. Kita kekalkan peraturan sedia ada tetapi penyelarasan dipusatkan di peringkat negeri bagi mempercepatkan pelaksanaan demi manfaat rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, faktor kos tenaga global turut menjadi antara cabaran pelaksanaan, namun garis panduan akan diselaras oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

“Langkah penurunan kuasa itu adalah pendekatan proaktif bagi memastikan projek dapat dilaksanakan segera tanpa dipengaruhi perbezaan politik, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat Sabah secara keseluruhan,” tegasnya

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri